Assalamualaikum,
hi dah lama saya tak update blog kan. Ok harini saya sedih. itu je yang mampu saya gambarkan sekarang. Saya sedih dan sangat sedih :')
Saya masih tak faham kenapa sebegini berat dan besar ujian Allah turunkan dekat saya. Orang yang saya sayang, orang yang selama ni mengharap kan saya, dan saya telah memilih dia. tapi sekarang ni dia yang tinggalkan saya tanpa sebarang alasan atau sebab. Pergi begitu saja. Saya kebingungan. tidak mengerti dengan semua ini, saya cuba tanya diri saya sendiri. Adakah semua punca jadinya begini kerana salah saya sendiri? tapi... kenyataan itu salah. Sejujurnya saya tidak tahu menahu. Saya cuba tanya dia. Dan jawapannya. 'awak tak salah' then bila saya cari puncanya masih tak nampak dimana salah saya dengan dia sampai macamni dia buat.

Tak apa, saya tau, mesti ada alasan kenapa dia buat macamni. Mungkin ini dugaan utk saya. Saya terima kalau kisah kita berakhir macamni :') tapi awak kene ingat. saya sayang awak. saya rindu awak yang dulu. Susah utk saya lupakan kenangan kita, jauh sekali utk lupakan awak :') saya rasa saya masih perlukan awak. tapi.....nampaknya awak pun tak perlukan saya lagi.
Awak, esok anniversary kita lah, 5.8.2012. Our 4months anniversary :') kalau saya bagitau awak pun, macam tak bermakna je kan? :) awak bukannya kesah dengan semua ni. tapi saya masih tunggu awak 'wish'. kalau awak tak wish pun tak apa. saya faham :')

selamat tinggal.