Assalamualaikum, Harini saya nak bercerita tentang diri saya sendiri, bukan tentang kekasih hati lagi. Saya dah bosan nak bercerita tentang dia. tidak ada cerita lagi untuk diceritakan. rata ratanya hanya menyakitkan hati saya sahaja... hmp, saya rasa sejak kebelakangan ni, ada je benda yang tak kena. Saya dapat rasakan yang ramai sangat yang tak puas hati dengan kami berdua. yee kami berdua. maksud saya, saya dan Qila, kenapa saya kata begitu? yelah setiap kali kami berbual dgn someone, topik terakhir yang mereka tanya. Weh, korang ni act ok je kan. tapi knp ramai yang suka bercerita pasal korang eih? LOL maafkan saya, saya pun tktau nak jawab apa, hanya terdiam, senyum sebagai pelapik kesakitan~

Saya nak tau jugak, knp masih ramai yang tk berpuas hati dgn kitorang. sedangkan, kitorang tak buat apa-apa pun. Ok kalau betul ada salah dan silap kami berdua, kami mintak maaf, no hate please :) Setiap manusia pernah buat salah, yaa mungkin juga kami pernah buat hati awak terguris, tapi awak jugak tk sepatutnya mencanang cerita dekat orang lain kan :) Tapi kalau awak rasa tu satu hobi bagi awak, yaa teruskan, siapalah saya untuk menghalang orang sehebat awak, Saya hanya mampu tengok tingkah laku awak yang punya hasad dengki .
Awak bercerita tentang saya, awak benci saya. itu hak awak. saya tak kesah . Allah tau mana yang benar mana yang salah.